Wednesday 11 November 2015

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh


Tokoh usahawan yang mempunyai pelbagai ciri









Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah pemilik Sani Express yang merupakan tokoh bergelar usahawan semasa usia beliau 35 tahun. Beliau berasal dari Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik. Beliau seorang usahawan muda yang berinovasi dan memegang jawatan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd). Beliau menamatkan pengajian dalam diploma pengurusan perniagaan Kolej Sunway pada tahun 1994. Beliau telah mempunyai banyak pencapaian. Antara pencapaian beliau ialah, Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009).
            Salah satu ciri-ciri utama yang dimiliki oleh Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah beliau mempunyai visi yang jelas. Sebelum menceburi bidang perniagaan beliau pernah menceburi industri hiburan sehingga lama-kelamaan beliau sedar sampai bila harus menceburi industri hiburan. Sekarang beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu berubah kehidupan ke tahap yang lebih baik. Beliau meletakkan tekad untuk berubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri. Baginya, itu merupakan titik perubahan dalam hidupnya menjadi salah seorang usahawan dan ahli korporat yang semakin disegani ramai seterusnya menggapai impian menjadi tokoh korporat.
            Usahawan ini juga mempunyai ciri-ciri proaktif buktinya beliau memulakan perniagaannya dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di Kuala Lumpur dan Terengganu. Selepas itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang pengangkutan. Pengalaman silam menaiki pelbagai jenis bas mendorong beliau untuk mengusahakan perkhidmatan bas yang lebih baik berdasarkan pengalaman. kajian terperici disertakan analisis dan susunan strategi yang mantap membolehkan penubuhan syarikat Sani United Berhad stabil. Sani United meningkatkan perkhidmatan dengan menukarkan Bus kepada Dua Deck (double decker) dengan servis yang lebih baik kepada penumpang. Pada 2008 Sani Ekspres berkembang luas ke utara yang menghubungkan ke bandar utama butterwoth, Sungai Petani, Alorsetar, Jitra, Cangloon, Kangar dan Kuala Perlis. Kini seluruh semenjung boleh mendapatkan perkhidmatan Sani Ekspres kerana berkembangnya sistem perkhidmatan yang baik.
            Ciri seterusnya ialah, menggunakan rangkaian teknologi yang baik. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap dengan teknologi canggih. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Teknologi kemudahan dalam bas juga sangat memberi keselesaan pada penumpang.
            Seterusnya, ciri keusahawanan yang terdapat pada Datuk Wan Mohammad Sani Salleh adalah kegagalan satu pilihan. Ciri ini dapat dilihat pada beliau apabila beliau ditimpa kesusahan. Sebelum ini, beliau mempunyai dua orang rakan kongsi akan tetapi rakan kongsinya menarik diri menyebabkan beliau terkontang-kanting seorang diri dan beliau perlu membuat keputusan sendiri tanpa dirujuk kepada sesiapa. Beliau tidak berputus asa walaupun rakan kongsinya menarik diri malahan beliau lebih cekal untuk melakukan pekerjaannya kerana minat yang mendalam terhadap bidang pengangkutan. Pada Januari 2006, Sani Ekspres ada di jalan raya dan mendapat sambutan sejak itu perniagaan beliau semakin berkembang pesat. Sani membuktikan bidang dipilihnya berbaloi kerana dalam tempoh tiga tahun Sani Ekspres menunjukkan prestasi luar biasa. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan. Sani ekspress memulakan operasi pada Januari 2006 dengan hanya menggunakan enam buah bas, Sani Ekspres mula memasuki pasaran Pantai Timur untuk laluan Kuala Terengganu-Kuala lumpur.
Ciri yang seterusnya yang terdapat pada beliau adalah beliau berani mengambil risiko dalam bidang pengangkutan. Beliau merupakan seorang yang tidak mudah putus asa dan seseorang yang cekal menghadapi segala musibah yang mendatang. Beliau memulakan perniagaannya dalam bidang pengangkutan dengan mempunyai seorang pekerja dan beliau terpaksa menggunakan tenaganya sepenuhnya untuk merancang segalanya bagi memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya. Operasi ini hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan mendapat modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuatnya, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat. Risiko yang diambil oleh beliau menampakkan hasil apabila pada Januari 2006, Sani Express ada di jalan raya dan  perjalanan perniagaan ini mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan beliau semakin berkembang pesat. Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap dan segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Kesimpulannya, sikap yang ada pada beliau boleh kita contohi sebagai pengajaran dalam melakukan sesuatu demi mencapai kejayaan di masa depan. Untuk mencapai kejayaan yang di inginkan di masa hadapan, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu di hadapi. Daripada cabaran dan rintangan itu lah yang akan membuahkan hasil yang sangat lumayan pada kita kelak.

Monday 9 November 2015

Tatparanandam Ananda Krishnan

CIRI 9: RANGKAIAN





Tatparanandam Ananda Krishnan


            Rangkaian adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Contoh pengguna luaran ialah bakal pelabur, pembekal atau pemiutang, Institusi kewangan dan lain-lain manakala pengguna dalaman seperti pengurus didalam syarikat tersebut. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

            Tatparanandam Ananda Krishnan merupakan usahawan berjaya dan orang kaya nombor dua Malaysia. Beliau berumur 77 tahun dan dilahirkan di Brickfields, Kuala Lumpur pada 1 April 1938. Beliau bersekolah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields dan seterusnya beliau belajar sains politik di Australia dan beliau menuntut pengajiannya di Harvard University didalam jurusan Management of Business Administration. Pada mulanya, beliau menceburi dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI Holding Sdn Bhd. Bermulanya dengan itu, beliau meluaskan perniagaannya dalam industri media, telekomunikasi, dan guna tenaga. Beliau merebut peluang dalam industri telekomunikasi maxis dan penyiaran ASTRO.

            Antara sumbangan ialah Syarikat Maxis Communications Berhad, Tanjong Plc dan Measot Broadcast Network Systems Sdn Bhd mendermakan sebanyak RM160juta kepada beberapa dana pendidikan di Malaysia. Daripada jumlah itu, RM100juta didermakan kepada Dana Harapan Nusantara. Dana Harapan Nusantara ditubuhkan oleh Ananda Krishnan sendiri melalui syarikatnya Usaha Tegas Sdn Bhd khas bagi pelajar Bumiputera. Dana Harapan Nusantara juga diberi peruntukan khas, iaitu RM300juta saham dalam Maxis yang bernilai kira-kira RM100juta, yang dapat dijual apabila perlu. Antara projek Dana Harapan Nusantara adalah projek bagi membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program berkembar di Universiti dan Kolej Swasta tempatan.

            Perhubungan beliau dengan tokoh-tokoh politik juga baik. Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996.

Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau. (wikipedia, n.d.)

            Hal ini membuktikan bahawa Ananda Krishnan amat menjaga rangkaian bersama orang disekelilingnya baik professional mahupun bukan. Dengan keperibadian beliau seperti inilah yang membuatkan perniagaannya sangat berkembang dan mempunyai reputasi yang baik. Pada pengetahuan anda, Ananda Krishnan pemilik syarikat kepada Usaha Tegas Sdn Bhd, Binariang Satelites Systems atau BSS, Measat Broadcast Network System and Astro, Bumi Armada Berhad iaitu syarikat perkapalan dan akhir sekali Celestial Pictures Ltd dibeli daripada Show Brothers pada tahun 2000 dengan harga RM29.2juta. Keistimewaan beliau ialah beliau salah seorang usahawan yang pandai memanfaatkan teknologi baru dan peluang perniagaan yang muncul. 

Saturday 7 November 2015

Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman

CIRI 8: BUDAYA TERBUKA





Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman
D’Herbs Healthy Sdn Bhd

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colere yang bermaksud menanam atau mengerjakan. (wikipedia, n.d.) Manakala bagi terbuka adalah ideologi yang tidak dimutlakkan. Dapat diartikan juga bahwa nilai-nilai dan cita-citanya tidak dipaksakan dari luar, melainkan digali dan diambil dari kekayaan rohani, moral dan budaya masyarakatnya sendiri. Ideologi terbuka merupakan ideologi yang dapat berinteraksi dengan perkembangan zaman dan adanya dinamika secara internal. (http://www.negeripesona.com/2015/04/pengertian-ideologi-terbuka-dan-tertutup.html, n.d.)

            Jadi budaya terbuka dapat digambarkan bahawa budaya yang dibawa perlulah mengikut pengedaran zaman. Begitu jugalah seseorang usahawan tersebut perlulah memperkenalakan produk yang mempunyai sifat budaya terbuka atau mungkin usahawan itu sendiri mempunyai sifat tersebut. Produk tersebut boleh diadaptasikan masyarakat itu sendiri. Didalam konteks Malaysia, kami memilih usahawan berjaya iaitu Dato’ Aliff Syukri Bin Kamarzaman sebagai contoh bagi aspek budaya terbuka.

            Beliau memulakan perniagaan kosmetik pada usia 21 tahun. Penggunaan tagline ‘Terlajak Laris’ sebagai salah satu strategi pemasaran membuat orang sedar akan kewujudan produk beliau. Pelbagai cabaran yang beliau telah lalui untuk menceburi bidang ini antaranya ialah masalah dari segi modal dan kesukaran mendapat kepercayaan orang ramai. Tetapi beliau sangat tabah menempuh cabaran tersebut disebabkan kisahnya yang dulu pernah mengalami kesusahan sejak kecil. Bermulanya dengan berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual jeruk di sekolah seterusnya kerongsang dan tudung serta barang kosmetik malah usaha beliau untuk meneruskan berniaga sehingga sanggup berniaga dari rumah ke rumah untuk menjual jamu dan produk kecantikan jenama terkenal. Beliau juga mengadakan bengkel kecantikan dan kesihatan di mana-mana tempat kerja. Bermula dari situ beliau merasakan ingin membuat jenama beliau sendiri. Tetapi dengan usaha beliau merasakan ingin membuat jenama beliau sendiri iaitu D’Herbs. Dengan usaha beliau akhirnya produk gincu kolagen pertama di Malaysia dapat dipasarkan setelah membuatkan kajian. Beliau juga telah menubuhkan kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd.

            Didalam hal ini, kaitannya budaya terbuka dengan produk-produk D’Herbs ialah produk yang dihasilkan sangatlah bersesuaian bagi masyarakat Malaysia dimana dari aspek budaya itu sendiri. Pengguna juga selesa mengguna produk yang dikeluarkan kerana seperti mana yang kita tahu Negara Malaysia mempunyai cuaca yang tidak menentukan seperti hujan dan panas. Produk kecantikan D’Herbs boleh melindungi kulit masyarakat Malaysia daripada sinaran matahari. Bukan sahaja itu, ahrganya jugak amat berpatutan mengikut purata pendapatan rakyat Malaysia. Jadi hal ini meyakinkan lagi bahawa produk yang dikeluarkan oleh Dato’ Aliff Syukri Bin Kamarzaman ialah produk mampu bilik.

            Di Malaysia terdapat pelbagai jenis penyakit yang dialami oleh masyarakat Malaysia baik yang tua mahupun yang masihn muda. Jadi bagi menyelesaikan masalah ini, D’Herbs mempunyai produk yang sangat dipercayai ramai sebagai ikhtiar kita untuk pulih dari pelbagai penyakit. Sebagai contoh, Gamolex Gold.
            

Thursday 5 November 2015

Tan Sri Lim Goh Tong

CIRI 7: BERORIENTASIKAN HASIL






Tan Sri Lim Goh Tong
Perniagaan

            Berpandukan kamus dewan edisi keempat maksud orientasi ialah arah aliran yang diikuti atau menjadi seperti landasan bagi sesuatu pergerakan. Maka maksud hasil tidak ada yang spesifik tetapi jika diikutkan kefahaman hasil ialah sesuatu ganjaran yang diperolehi oleh seseorang yang telah bekerja keras untuk mendapat sesuatu.

            Siapalah yang tidaak pernah mendengar tempat destinasi perlancongan yang dikira sebagai destinasi pilihan disetiap pelancong iaitu Genting Highlands. Disebalik kejayaaan destinasi pelancongan tersebut terdapat pengasas atau keusahawanan yang berjaya iaitu tidak lain tidak bukan Tan Sri Lim Goh Tong.

            Beliau mempunyai idea dalam menjaduikan sesebuah tempat yang berbukit bukau dan tiada sesiapapun yang terfikir untuk menerokainya tetapi bukan bagi beliau. Bagi beliau ia adalah idea yang sangat bernas dan boleh dijadikan sesuatu perniagaan yang amat berjaya. Tambahan pula, dengan sikap beliau yang amat rajin lagi bersungguh sungguh dalam menjayakan perniagaan beliau. Beliau bukan sahaja berjaya didalam bidang perhotelan mahupunj perjudian. Tewtapi beliau juga menceburi perniagaan lain iaitu perladangan di Gewnting Highlands. Kaitannya beliau dengan berorientasikan hasil kerana beliau amat prihatin terhadap hasil yang bakal diperolehi.

            Bagi kami, beliau iaitu Tan Sri Lim Goh Tong amat perlu dicontohi oleh usahawan yang baru sahja ingin berkecimpung didalam bidang perniagaan. Disamping memperbaiki atau menambahbaik peribadi atau sifat usahawan yang berjaya. Sesungguhnya, usaha itulah yang menunjukkan seseorang itu berjaya mahupun tidak. 

Tuesday 3 November 2015

Faiza Bawumi Sayed Ahmad

CIRI 4: PROAKTIF





Faiza Marketing Sdn. Bhd

Proaktif ialah bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perakara.

Usahawan ini diberi nama Faiza Bawumi binti Sayed Ahmad. Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.

Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.

Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

Pada usia emas, Hajah Faiza masih lagi aktif mengurus perniagaannya. Beliau dibantu oleh lima orang daripada tujuh anak-anaknya di samping ratusan orang pekerja. Kini beliau melakukan kerja-kerja amal di bawah pergerakan wanita UMNO Batu Pahat, Johor. Hajah Faiza berpegang teguh kepada prinsip bagi maju dalam bisnes individu itu perlu rajin berusaha, tifak mudah patah semangat dan perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat. Segala usaha bisnes walaupun bermula secara kecil-kecilan tidak boleh dipandang mudah kerana kesusahan itu dapat membina daya ketahanan diri kepada usahawan.




Monday 2 November 2015

Datuk Wira Dr. Maznah Hamid

CIRI 5: PENGAMBIL RISIKO








Datuk Wira Dr. Maznah Hamid

Pengambil Risiko ialah usahawan yang berani mengambil risiko terhadap perniagaan yang berkemungkinan mengalami kerugian dan bahaya atau mendapat untung untuk mencipta sesuatu yang baru.

Datuk Wira Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 33 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Beliau kini mempunyai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan keseluruhan, mengetuai konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Wira Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.



Sunday 1 November 2015

Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan

CIRI 6: SEORANG YANG MEMPUNYAI MATLAMAT




Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan 

Mempunyai matlamat ialah usahawan yang mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang akan dicapai dalam sesebuah perniagaan.Matlamat yang diletak haruslah yang boleh dicapai.

Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato’ Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail. Anak-anak beliau ialah Mohd Faizal,Mohd Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq.

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan penerbitan drama serta filem).Yusof yang sentiasa menerima kritikan membina berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, bakal mencecah usia 62 tahun. Pada usia emasnya itu, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd ini mengakui beliau belum terfikir untuk bersara daripada bidang seni yang sudah sebati dengan dirinya lebih dua dekad lalu.Akuinya, pada zaman muda dulu, memang beliau boleh bekerja hingga 6 pagi setiap hari tapi sekarang tidak lagi. Yusof masih ingat, pada zaman kegemilangannya ketika mengarahkan filem Sembilu, beliau boleh menghabiskan masa di lokasi penggambaran sehingga 7 pagi setiap hari.Namun, kata Yusof, buat masa ini, beliau ingin memperlahankan aktiviti pengarahannya bagi memberi laluan pada anak bujangnya, Syamsul. Yusof juga lebih pentingkan ketenangan pada usianya yang bakal mencecah 60 tahun dalam tempoh empat tahun lagi.

Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Dalam filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata, dalam filem-filem Yusof kita akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.

https://yussuf0saufey.wordpress.com/2015/03/14/17/






Wednesday 28 October 2015

Dato’ Kamarudin Bin Meranun

CIRI 3: SEMANGAT BERPASUKAN






Dato’ Kamarudin Bin Meranun merupakan nama seorang usahawan yang sudah tidak asing lagi dalam bidang perniagaan di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.Mungkin ramai yang tidak tahu,kejayaan Air Asia pada hari ini bukannya hanya datang daripada Datuk Seri Anthony Fernandes seorang sahaja tetapi di sebalik kejayaan luar biasa yang dikecapi oleh Air Asia berdirinya seorang bintang besar dibelakangnya iaitu Dato’ Kamarudin Bin Meranun.Beliau dilahirkan pada tahun 1961 di Jalan Raja Mahmud,Kampung Baru.
Beliau amat meminati dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.Ciri-ciri yang ada dalam diri beliau yang menjadikan beliau seorang usahawan yang luar biasa antaranya ialah semangat berpasukan.Ini dapat dilihat apabila kunci kejayaan bagi Air Asia ialah semangat berpasukan.Beliau dan Datuk Seri Anthony Fernandes saling melengkapi dan bekerjasama bagi membentuk Air Asia.Disebabkan semangat berpasukan merekalah yang menjadikan Air Asia sebuah syarikat penerbangan terkenal di peringkat global.Kerjasama beliau dan juga semua kakitangan Air Asia juga merupakan punca kejayaan bagi syarikat beliau.
Jika kita menerapkan semangat berpasukan dalam kehidupan peribadi mahupun professional,ini dapat memberikan pembuatan keputusan lebih memberangsangkan.Janganlah kita menafikan kelebihan semangat berpasukan ini kerana ianya banyak menyumbang kejayaan dalam sesebuah organisasi itu sendiri.Jelaslah bahawa Dato’ Kamarudin Bin Meranun seorang usahawan yang mempunyai ciri semangat berpasukan. 

Pengasas Air Asia

Thursday 22 October 2015

Datuk Barkath Ali Bin Abu Backer

CIRI 2: TAJAM DAYA PEMERHATIAN




Nama usahawan ini ialah Datuk Barkath Ali Bin Abu Backer.Beliau dilahirkan pada 23 September 1948.Beliau merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Barkath.Beliau mengambil alih perniagaan bapanya,Allahyarham Abu Backer Mohd. Hussain.Beliau merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri tajam daya pemerhatian.Ini dapat dilihat apabila beliau mula menyedari bahawa menghasilkan produk sendiri lebih murah dari segi kos.Sebelum ini,mereka hanya mempunyai sebuah pasar raya.Jadi,beliau mula menghasilkan pelbagai produk sendiri seperti sirap ros,pasta,sos cili,gula ising dan macam-macam lagi.
Tajam daya pemerhatian ini merupakan ciri yang amat penting kerana setiap usahawan perlu peka dengan keadaan sekeliling.Setiap perkara yang akan menguntungkan dan memberi manfaat kepada syarikat beliau semua beliau ambil kira.Setiap pemerhatian yang dibuat bakal memberi sebuah perubahan yang besar dalam syarikat beliau.Seterusnya,pada tahun 1987,sekali lagi ciri tajam daya pemerhatian yang ada dalam diri beliau ditunjukkan.Beliau membuat keputusan untuk membeli hak trademark Hacks bagi Malaysia,Singapura,Brunei dan India kerana beliau menyedari bahawa ianya mempunyai potensi yang agak luas.
Dengan ciri ini dalam diri beliau,secara tidak langsung sedikit sebanyak mendorong beliau mencapai kejayaan yang begitu membanggakan.Beliau mempunyai dua produk utama yang banyak menyumbang kepada pendapatan syarikat iaitu gula-gula Hacks dan minuman kordial Sunquick.Kumpulan Barkath mempunyai 22 buah anak syarikat di Malaysia,negara Asia Tenggara dan Eropah serta pejabat jualan di luar negara seperti di United Kingdom,Arab Saudi,Indonesia,India dan Singapura.



Pengasas produk Hacks dan Sunquick


Tuesday 20 October 2015

Josephine Esther Mentzer


Usahawan yang berjaya dapat dibezakan dengan daripada individu yang lain. Banyak kajian yang mengaitkan ciri-ciri usahwan dan kejayaan usahawan

CIRI 1: KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN



Usahawan ini diberi nama Josephine Esther Mentzer dan dilahirkan pada 1 Julai 1908 di Queens,New York.Jenama Estee Lauder adalah jenama produk kecantikan yang terkenal di seluruh dunia.Josephine Esther Mentzer ialah seorang usahawan yang mempunyai ciri kegagalan adalah satu pilihan.Kegagalan adalah satu pilihan ialah satu ciri yang tidak mudah berputus asa dan percaya bahawa kegagalan itu hanya satu pilihan yang kita tentukannya sendiri.Tidak ramai yang mengetahui bagaimana produk ini bermula.Ia bermula dari satu penghinaan dan ketabahan Estee telah menjadikan beliau seorang wanita yang berjaya dan kaya dalam dunia.
Permulaan kehidupannya,dari zaman kanak-kanak lagi sehinggalah beliau remaja,beliau  sering dihina,dicaci mahupun disisih oleh masyarakat sekeliling.Krim kecantikan pertama beliau hanya bermula dari sebuah sinki dan dapur yang buruk di rumahnya.Beliau gigih menjaja krim kecantikan itu dari rumah ke rumah serta kedai ke kedai bagi menjual produknya itu.Malangnya sambutan tidak seperti yang dijangkakan tetapi beliau tidak patah semangat walaupun banyak kali dicaci.Akhirnya beliau mendapat satu kaunter jualan di Sacks,Fifth Avenue pada tahun 1948.
            Ini adalah bukti bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri kegagalan adalah satu pilihan.Walaupun dia mengalami pelbagai cabaran bagi memperkenalkan produknya kepada orang ramai namun beliau tidak melihat sesuatu itu sebagai kegagalan malah beliau gigih bagi mencapai kejayaan seperti yang sudah dimilikinya sekarang.


Pengasas Produk Estee Lauder