Wednesday 11 November 2015

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh


Tokoh usahawan yang mempunyai pelbagai ciri









Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah pemilik Sani Express yang merupakan tokoh bergelar usahawan semasa usia beliau 35 tahun. Beliau berasal dari Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik. Beliau seorang usahawan muda yang berinovasi dan memegang jawatan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd). Beliau menamatkan pengajian dalam diploma pengurusan perniagaan Kolej Sunway pada tahun 1994. Beliau telah mempunyai banyak pencapaian. Antara pencapaian beliau ialah, Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009).
            Salah satu ciri-ciri utama yang dimiliki oleh Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah beliau mempunyai visi yang jelas. Sebelum menceburi bidang perniagaan beliau pernah menceburi industri hiburan sehingga lama-kelamaan beliau sedar sampai bila harus menceburi industri hiburan. Sekarang beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu berubah kehidupan ke tahap yang lebih baik. Beliau meletakkan tekad untuk berubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri. Baginya, itu merupakan titik perubahan dalam hidupnya menjadi salah seorang usahawan dan ahli korporat yang semakin disegani ramai seterusnya menggapai impian menjadi tokoh korporat.
            Usahawan ini juga mempunyai ciri-ciri proaktif buktinya beliau memulakan perniagaannya dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di Kuala Lumpur dan Terengganu. Selepas itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang pengangkutan. Pengalaman silam menaiki pelbagai jenis bas mendorong beliau untuk mengusahakan perkhidmatan bas yang lebih baik berdasarkan pengalaman. kajian terperici disertakan analisis dan susunan strategi yang mantap membolehkan penubuhan syarikat Sani United Berhad stabil. Sani United meningkatkan perkhidmatan dengan menukarkan Bus kepada Dua Deck (double decker) dengan servis yang lebih baik kepada penumpang. Pada 2008 Sani Ekspres berkembang luas ke utara yang menghubungkan ke bandar utama butterwoth, Sungai Petani, Alorsetar, Jitra, Cangloon, Kangar dan Kuala Perlis. Kini seluruh semenjung boleh mendapatkan perkhidmatan Sani Ekspres kerana berkembangnya sistem perkhidmatan yang baik.
            Ciri seterusnya ialah, menggunakan rangkaian teknologi yang baik. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap dengan teknologi canggih. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Teknologi kemudahan dalam bas juga sangat memberi keselesaan pada penumpang.
            Seterusnya, ciri keusahawanan yang terdapat pada Datuk Wan Mohammad Sani Salleh adalah kegagalan satu pilihan. Ciri ini dapat dilihat pada beliau apabila beliau ditimpa kesusahan. Sebelum ini, beliau mempunyai dua orang rakan kongsi akan tetapi rakan kongsinya menarik diri menyebabkan beliau terkontang-kanting seorang diri dan beliau perlu membuat keputusan sendiri tanpa dirujuk kepada sesiapa. Beliau tidak berputus asa walaupun rakan kongsinya menarik diri malahan beliau lebih cekal untuk melakukan pekerjaannya kerana minat yang mendalam terhadap bidang pengangkutan. Pada Januari 2006, Sani Ekspres ada di jalan raya dan mendapat sambutan sejak itu perniagaan beliau semakin berkembang pesat. Sani membuktikan bidang dipilihnya berbaloi kerana dalam tempoh tiga tahun Sani Ekspres menunjukkan prestasi luar biasa. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan. Sani ekspress memulakan operasi pada Januari 2006 dengan hanya menggunakan enam buah bas, Sani Ekspres mula memasuki pasaran Pantai Timur untuk laluan Kuala Terengganu-Kuala lumpur.
Ciri yang seterusnya yang terdapat pada beliau adalah beliau berani mengambil risiko dalam bidang pengangkutan. Beliau merupakan seorang yang tidak mudah putus asa dan seseorang yang cekal menghadapi segala musibah yang mendatang. Beliau memulakan perniagaannya dalam bidang pengangkutan dengan mempunyai seorang pekerja dan beliau terpaksa menggunakan tenaganya sepenuhnya untuk merancang segalanya bagi memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya. Operasi ini hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan mendapat modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuatnya, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat. Risiko yang diambil oleh beliau menampakkan hasil apabila pada Januari 2006, Sani Express ada di jalan raya dan  perjalanan perniagaan ini mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan beliau semakin berkembang pesat. Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap dan segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Kesimpulannya, sikap yang ada pada beliau boleh kita contohi sebagai pengajaran dalam melakukan sesuatu demi mencapai kejayaan di masa depan. Untuk mencapai kejayaan yang di inginkan di masa hadapan, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu di hadapi. Daripada cabaran dan rintangan itu lah yang akan membuahkan hasil yang sangat lumayan pada kita kelak.

No comments:

Post a Comment