Wednesday 28 October 2015

Dato’ Kamarudin Bin Meranun

CIRI 3: SEMANGAT BERPASUKAN






Dato’ Kamarudin Bin Meranun merupakan nama seorang usahawan yang sudah tidak asing lagi dalam bidang perniagaan di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.Mungkin ramai yang tidak tahu,kejayaan Air Asia pada hari ini bukannya hanya datang daripada Datuk Seri Anthony Fernandes seorang sahaja tetapi di sebalik kejayaan luar biasa yang dikecapi oleh Air Asia berdirinya seorang bintang besar dibelakangnya iaitu Dato’ Kamarudin Bin Meranun.Beliau dilahirkan pada tahun 1961 di Jalan Raja Mahmud,Kampung Baru.
Beliau amat meminati dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.Ciri-ciri yang ada dalam diri beliau yang menjadikan beliau seorang usahawan yang luar biasa antaranya ialah semangat berpasukan.Ini dapat dilihat apabila kunci kejayaan bagi Air Asia ialah semangat berpasukan.Beliau dan Datuk Seri Anthony Fernandes saling melengkapi dan bekerjasama bagi membentuk Air Asia.Disebabkan semangat berpasukan merekalah yang menjadikan Air Asia sebuah syarikat penerbangan terkenal di peringkat global.Kerjasama beliau dan juga semua kakitangan Air Asia juga merupakan punca kejayaan bagi syarikat beliau.
Jika kita menerapkan semangat berpasukan dalam kehidupan peribadi mahupun professional,ini dapat memberikan pembuatan keputusan lebih memberangsangkan.Janganlah kita menafikan kelebihan semangat berpasukan ini kerana ianya banyak menyumbang kejayaan dalam sesebuah organisasi itu sendiri.Jelaslah bahawa Dato’ Kamarudin Bin Meranun seorang usahawan yang mempunyai ciri semangat berpasukan. 

Pengasas Air Asia

Thursday 22 October 2015

Datuk Barkath Ali Bin Abu Backer

CIRI 2: TAJAM DAYA PEMERHATIAN




Nama usahawan ini ialah Datuk Barkath Ali Bin Abu Backer.Beliau dilahirkan pada 23 September 1948.Beliau merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Barkath.Beliau mengambil alih perniagaan bapanya,Allahyarham Abu Backer Mohd. Hussain.Beliau merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri tajam daya pemerhatian.Ini dapat dilihat apabila beliau mula menyedari bahawa menghasilkan produk sendiri lebih murah dari segi kos.Sebelum ini,mereka hanya mempunyai sebuah pasar raya.Jadi,beliau mula menghasilkan pelbagai produk sendiri seperti sirap ros,pasta,sos cili,gula ising dan macam-macam lagi.
Tajam daya pemerhatian ini merupakan ciri yang amat penting kerana setiap usahawan perlu peka dengan keadaan sekeliling.Setiap perkara yang akan menguntungkan dan memberi manfaat kepada syarikat beliau semua beliau ambil kira.Setiap pemerhatian yang dibuat bakal memberi sebuah perubahan yang besar dalam syarikat beliau.Seterusnya,pada tahun 1987,sekali lagi ciri tajam daya pemerhatian yang ada dalam diri beliau ditunjukkan.Beliau membuat keputusan untuk membeli hak trademark Hacks bagi Malaysia,Singapura,Brunei dan India kerana beliau menyedari bahawa ianya mempunyai potensi yang agak luas.
Dengan ciri ini dalam diri beliau,secara tidak langsung sedikit sebanyak mendorong beliau mencapai kejayaan yang begitu membanggakan.Beliau mempunyai dua produk utama yang banyak menyumbang kepada pendapatan syarikat iaitu gula-gula Hacks dan minuman kordial Sunquick.Kumpulan Barkath mempunyai 22 buah anak syarikat di Malaysia,negara Asia Tenggara dan Eropah serta pejabat jualan di luar negara seperti di United Kingdom,Arab Saudi,Indonesia,India dan Singapura.



Pengasas produk Hacks dan Sunquick


Tuesday 20 October 2015

Josephine Esther Mentzer


Usahawan yang berjaya dapat dibezakan dengan daripada individu yang lain. Banyak kajian yang mengaitkan ciri-ciri usahwan dan kejayaan usahawan

CIRI 1: KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN



Usahawan ini diberi nama Josephine Esther Mentzer dan dilahirkan pada 1 Julai 1908 di Queens,New York.Jenama Estee Lauder adalah jenama produk kecantikan yang terkenal di seluruh dunia.Josephine Esther Mentzer ialah seorang usahawan yang mempunyai ciri kegagalan adalah satu pilihan.Kegagalan adalah satu pilihan ialah satu ciri yang tidak mudah berputus asa dan percaya bahawa kegagalan itu hanya satu pilihan yang kita tentukannya sendiri.Tidak ramai yang mengetahui bagaimana produk ini bermula.Ia bermula dari satu penghinaan dan ketabahan Estee telah menjadikan beliau seorang wanita yang berjaya dan kaya dalam dunia.
Permulaan kehidupannya,dari zaman kanak-kanak lagi sehinggalah beliau remaja,beliau  sering dihina,dicaci mahupun disisih oleh masyarakat sekeliling.Krim kecantikan pertama beliau hanya bermula dari sebuah sinki dan dapur yang buruk di rumahnya.Beliau gigih menjaja krim kecantikan itu dari rumah ke rumah serta kedai ke kedai bagi menjual produknya itu.Malangnya sambutan tidak seperti yang dijangkakan tetapi beliau tidak patah semangat walaupun banyak kali dicaci.Akhirnya beliau mendapat satu kaunter jualan di Sacks,Fifth Avenue pada tahun 1948.
            Ini adalah bukti bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri kegagalan adalah satu pilihan.Walaupun dia mengalami pelbagai cabaran bagi memperkenalkan produknya kepada orang ramai namun beliau tidak melihat sesuatu itu sebagai kegagalan malah beliau gigih bagi mencapai kejayaan seperti yang sudah dimilikinya sekarang.


Pengasas Produk Estee Lauder