Usahawan yang berjaya dapat dibezakan dengan daripada individu yang lain. Banyak kajian yang mengaitkan ciri-ciri usahwan dan kejayaan usahawan
CIRI 1: KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN
Usahawan
ini diberi nama Josephine Esther Mentzer dan dilahirkan pada 1 Julai 1908 di Queens,New
York.Jenama Estee Lauder adalah jenama produk kecantikan yang terkenal di seluruh
dunia.Josephine Esther Mentzer ialah seorang usahawan yang mempunyai ciri
kegagalan adalah satu pilihan.Kegagalan adalah satu pilihan ialah satu ciri
yang tidak mudah berputus asa dan percaya bahawa kegagalan itu hanya satu
pilihan yang kita tentukannya sendiri.Tidak ramai yang mengetahui bagaimana produk
ini bermula.Ia bermula dari satu penghinaan dan ketabahan Estee telah
menjadikan beliau seorang wanita yang berjaya dan kaya dalam dunia.
Permulaan
kehidupannya,dari zaman kanak-kanak lagi sehinggalah beliau remaja,beliau sering dihina,dicaci mahupun disisih oleh
masyarakat sekeliling.Krim kecantikan pertama beliau hanya bermula dari sebuah
sinki dan dapur yang buruk di rumahnya.Beliau gigih menjaja krim kecantikan itu
dari rumah ke rumah serta kedai ke kedai bagi menjual produknya itu.Malangnya
sambutan tidak seperti yang dijangkakan tetapi beliau tidak patah semangat
walaupun banyak kali dicaci.Akhirnya beliau mendapat satu kaunter jualan di
Sacks,Fifth Avenue pada tahun 1948.
Ini adalah bukti bahawa beliau
merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri kegagalan adalah satu
pilihan.Walaupun dia mengalami pelbagai cabaran bagi memperkenalkan produknya
kepada orang ramai namun beliau tidak melihat sesuatu itu sebagai kegagalan
malah beliau gigih bagi mencapai kejayaan seperti yang sudah dimilikinya
sekarang.
Pengasas Produk Estee Lauder
No comments:
Post a Comment