Monday 9 November 2015

Tatparanandam Ananda Krishnan

CIRI 9: RANGKAIAN





Tatparanandam Ananda Krishnan


            Rangkaian adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Contoh pengguna luaran ialah bakal pelabur, pembekal atau pemiutang, Institusi kewangan dan lain-lain manakala pengguna dalaman seperti pengurus didalam syarikat tersebut. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

            Tatparanandam Ananda Krishnan merupakan usahawan berjaya dan orang kaya nombor dua Malaysia. Beliau berumur 77 tahun dan dilahirkan di Brickfields, Kuala Lumpur pada 1 April 1938. Beliau bersekolah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields dan seterusnya beliau belajar sains politik di Australia dan beliau menuntut pengajiannya di Harvard University didalam jurusan Management of Business Administration. Pada mulanya, beliau menceburi dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI Holding Sdn Bhd. Bermulanya dengan itu, beliau meluaskan perniagaannya dalam industri media, telekomunikasi, dan guna tenaga. Beliau merebut peluang dalam industri telekomunikasi maxis dan penyiaran ASTRO.

            Antara sumbangan ialah Syarikat Maxis Communications Berhad, Tanjong Plc dan Measot Broadcast Network Systems Sdn Bhd mendermakan sebanyak RM160juta kepada beberapa dana pendidikan di Malaysia. Daripada jumlah itu, RM100juta didermakan kepada Dana Harapan Nusantara. Dana Harapan Nusantara ditubuhkan oleh Ananda Krishnan sendiri melalui syarikatnya Usaha Tegas Sdn Bhd khas bagi pelajar Bumiputera. Dana Harapan Nusantara juga diberi peruntukan khas, iaitu RM300juta saham dalam Maxis yang bernilai kira-kira RM100juta, yang dapat dijual apabila perlu. Antara projek Dana Harapan Nusantara adalah projek bagi membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program berkembar di Universiti dan Kolej Swasta tempatan.

            Perhubungan beliau dengan tokoh-tokoh politik juga baik. Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996.

Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau. (wikipedia, n.d.)

            Hal ini membuktikan bahawa Ananda Krishnan amat menjaga rangkaian bersama orang disekelilingnya baik professional mahupun bukan. Dengan keperibadian beliau seperti inilah yang membuatkan perniagaannya sangat berkembang dan mempunyai reputasi yang baik. Pada pengetahuan anda, Ananda Krishnan pemilik syarikat kepada Usaha Tegas Sdn Bhd, Binariang Satelites Systems atau BSS, Measat Broadcast Network System and Astro, Bumi Armada Berhad iaitu syarikat perkapalan dan akhir sekali Celestial Pictures Ltd dibeli daripada Show Brothers pada tahun 2000 dengan harga RM29.2juta. Keistimewaan beliau ialah beliau salah seorang usahawan yang pandai memanfaatkan teknologi baru dan peluang perniagaan yang muncul. 

No comments:

Post a Comment