Dato’
Kamarudin Bin Meranun merupakan nama seorang usahawan yang sudah tidak asing
lagi dalam bidang perniagaan di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.Mungkin
ramai yang tidak tahu,kejayaan Air Asia pada hari ini bukannya hanya datang
daripada Datuk Seri Anthony Fernandes seorang sahaja tetapi di sebalik kejayaan
luar biasa yang dikecapi oleh Air Asia berdirinya seorang bintang besar
dibelakangnya iaitu Dato’ Kamarudin Bin Meranun.Beliau dilahirkan pada tahun
1961 di Jalan Raja Mahmud,Kampung Baru.
Beliau
amat meminati dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.Ciri-ciri yang ada dalam
diri beliau yang menjadikan beliau seorang usahawan yang luar biasa antaranya
ialah semangat berpasukan.Ini dapat dilihat apabila kunci kejayaan bagi Air
Asia ialah semangat berpasukan.Beliau dan Datuk Seri Anthony Fernandes saling
melengkapi dan bekerjasama bagi membentuk Air Asia.Disebabkan semangat
berpasukan merekalah yang menjadikan Air Asia sebuah syarikat penerbangan
terkenal di peringkat global.Kerjasama beliau dan juga semua kakitangan Air
Asia juga merupakan punca kejayaan bagi syarikat beliau.
Jika
kita menerapkan semangat berpasukan dalam kehidupan peribadi mahupun
professional,ini dapat memberikan pembuatan keputusan lebih
memberangsangkan.Janganlah kita menafikan kelebihan semangat berpasukan ini
kerana ianya banyak menyumbang kejayaan dalam sesebuah organisasi itu
sendiri.Jelaslah bahawa Dato’ Kamarudin Bin Meranun seorang usahawan yang
mempunyai ciri semangat berpasukan.
Pengasas Air Asia